Rumi La ilaha illallahul 'Azimul Halim, la ilaha illallahu Rabbul 'Arsyil 'Azim, la ilaha illallahu Rabbus samawati wa Rabbul ardhi wa Rabbul 'Arsyil Karim.
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan 'Arasy yang agung. Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi dan Tuhan 'Arasy yang mulia.
Rumi Rabbana wa la tahmil 'alayna isran kama hamaltahu 'alal-ladhina min qablina. Rabbana wa la tuhammilna ma la taqata lana bih.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak mampu kami tanggung.
Rumi Allahumma inni 'abduka, wabnu 'abdika, wabnu amatika, nasiyati biyadik, madhin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadha'uk, as'aluka bikulli ismin huwa lak, sammaita bihi nafsak, au anzaltahu fi kitabik, au 'allamtahu ahadan min khalqik, awista'tharta bihi fi 'ilmil ghaibi 'indak, an taj'alal Qur'ana rabi'a qalbi, wa nura sadri, wa jala'a huzni, wa zahaba hammi.
Ya Allah, aku hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu lelaki dan hamba-Mu perempuan. Ubun-ubunku di tangan-Mu, ketetapan-Mu berlaku ke atasku, dan adil keputusan-Mu terhadapku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada sesiapa daripada makhluk-Mu, atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran penyejuk hatiku, cahaya dadaku, penghapus kesedihanku dan penghilang kerisauanku.
Rumi Allahumma rahmataka arju, fa la takilni ila nafsi tarfata 'ain, wa aslih li sya'ni kullah, la ilaha illa anta.
Ya Allah, rahmat-Mu yang aku harapkan. Jangan Engkau biarkan aku bergantung pada diriku sendiri walau sekelip mata, dan perbaikilah seluruh urusanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau.